Wednesday 25 January 2012

Teringat kembali....Sweet Memories 1995-1999....(part1)

Dalam mencari keletahan untuk kesunyian hati malam ni,..tetiba teringat zaman aku kecik2 dulu.Kenangan yang aku tak aku lupakan,masa tu aku sekolah dekat pekan kecil bernama Sementa,Klang.Banyak betul kenangan aku.Sekadar nak berkongsi cerita lah.Masih segar dalam fikiran aku tentang apa yg berlaku sekitar tahun 1995 hingga 1997.

Awal tahun 1995,aku terpaksa ikut mak abah berpindah ke Klang dari kuantan.So bermula lah kisah hidup baru aku di Sekolah Kebangsaan Sementa sebagai murid tahun 1 KENANGA.hahaha masa tu ade kelas kekwa,okid...tu je klas aku ingat.Permulaan kelas agak kurang baik,aku tidak disenangi budak2 perempuan.kadang2 dorang suke mengusik aku sampai lah pada satu masa cam aku stress sangat kot.Aku cari teacher yang baik dgn aku.tak ingat da kot nama teacher tu.Teacher tu xpenah pon marah aku time de klas.So aku cari dia,masa tu dia ade kelas kot,aku leh plak cari dia dekat kelas.Pas tu aku pon lepak lah dalam kelas dia sampai dia abis belajar.Seingat aku lah time tu dia ckap kat budak kelas dia aku ni adik dia..hakhakhak..aku time tu leh pulak wat muka tak tahu malu.budak2 kan......Yang paling aku ingat masa tu da tengah tahun darjah 1,ade sorang dak pompuan ni...selekeh gila kot..masa tu dak tu tak tahan sangat nak ke tandas,tapi dia takut nak ke tandas,law xsilap..ape lagi seminit kemudian,ade bau hampeh menusuk kedalam hidung setiap yang berada dalam kelas tu.Perghhhhhhhhhhhh..terbaik kot.amek ko,sebiji betul bawah meja.Dah tu apa lagi membebel cikgu tu dalam kelas,cikgu tu memang baik,dia cari something untuk buang tahi dak tu.Law aku ntah lah,aku tengok taik kucing pon nak termuntah da..ni kan pulak taik mnusia...So,di penghujung  darjah 1,aku mendapat tempat ke3 dalam kelas.Bangga kot masa tu.Rajin gak lah aku belaja.Banyak lagi kisah darjah satu ni law nak dicerita tapi tak brape nak ingat la..Darjah 1 ni abah antar dan ambik aku kat skolah.huhuhu time tu agak tegas je abah.maklumlah penat agaknye.kadang2 aku banyak tanya dengan abah tapi abah buat dek je.lain lah abah dulu dengan abah yang sekarang.

Naik pulak ke darjah 2 pada tahun 1996,masa darjah dua ni aku tak berapa nak ingat sangat.sebab banyak memori aku masa darjah 3,4 dengan 5 kot..Darjah dua aku bnyak abiskan masa dengan Mak waktu petang.Mak antara peneman aku.Masa Baik,memang bergurau je dengan dia kat umah,masa mood dy xok.seme kena marah.hahahaha bukan lah anak manja gak kan.Masa darjah 2 aku belum pegi sekolah agama.Jadi aku ngaji dekat luar masa tu.dekat rumah ustazah depan rumah.Kire besfren mak aku la.mak aku tak keje,jadi abah yang menyara kami anak beranak.Jadi mak ade masa bersosial dengan jiran2 setempat masa tu.Satu hari tu masa aku ngaji dekat umah ustazah tu aku buat hal,gadoh ngan akak aku,aku sepak akak aku kot.Ape lagi balik rumah akak aku sebar fitnah (nasib baik masa tu kanak2 lagi).balik je rumah memang aku dapat makan sedap.cili padi terus ke mulut.haaaaaa meronta aku kesakitan dan pedih sangat masa tu.Amek ko,bengkak mulut aku tanpa kata.dengan kena sebat tali pinggang lagi masa tu.Azabbbbbb,Azabbbbb...

to be continue...

Pendaftaran IGCSE tingkatan 1...

25hb Januari 2012

hari ni merupakan hari pendaftaran pelajar form 1.Aku ditugaskan untuk mengutip bayaran.Semenjak pegang kewangan ni,itu lah keje aku bersama cik nan.Kali ni kitorang wat dengan berhati-hati takut berlakunya kesilapan seperti awal tahun lalu.Alhamdulillah,kebanyakkan student dah bayar awal-awal dekat PMD terdekat dengan kawasan tempat tinggal masing2.Lega sikit kot,xde r terjadi lagi kejadiaan yang sebelum2 ni...RM2018.00...bile benda ni aku dan cik nan ingat balik,memang sakit je rsenye..nak cari duit tu mane dtangnye...akhirnya dengan kesungguhan dan usaha,aku berjaya gak cari kesalahan berikut.kali ni,kesilapan da x berlaku dan InsyAllah tiada kesalahan lagi yang aku buat pada tahun ni..

Sedikit Coretan sepanjang sesi pendaftran pelajar..

Kak Hajah Mal & Kak Suri menguruskan bahagian bantuan kewangan..

Guru2 yang menguruskan kemasukan kelas dan guru homeroom..

BWP dan LDP bersama2 untuk memastikan keadaan terkawal..
cikgu taufiq control handsome disitu...


So,agak penat hari ni,tensen pon ade,cam2 hal gak tapi alhamdulillah,everything is under control.Seronok gak sebab adik sepupu aku ditawarkan masuk ke sini gak,ade jugak orang aku kena tengok2,tengok r keturunan sape pandai2,aku je yang kurang pandai ckit(sebab malas je).huhuhu...harap tak wat hal r kot...ok daaaaa

Wednesday 11 January 2012

Memperkenalkan....F.A.Z.R.U.L.A.A.Q.I.F


Suatu kelahiran yang amat dinanti-nantikan,pada tanggal 12 ogos 2011,lahirlah seorang lagi hamba Allah yang telah dikurniakan olehNya untuk menjadi ahli keluarga aku.Seorang bayi lelaki yang diberi nama Fazrul Aaqif bin Fauzi..

Fuh,alhamdulillah selamat,seronok aku time tu bila akak aku da ke hospital,takut pun ada,ye lah,akak aku tengah berjihad kot,sape tak takut,.berdoa lah aku banyak-banyak agar tak jadi pape dekat akak aku,.Lega,aku malam 12hb tu dekat Kuantan kot buka puasa dekat padang MPK,apalagi dengar kate akak aku masuk hospital,terus ondaway balik bentong dengan lajunya,sempat lah buka puasa dulu dengan membe-membe maktab.Risau kot dalam hati ni apa2 jadi dekat akak aku.Mintak gak dalam hati keluar lah 13hb,leh same dengan besday aku..tapi apakan daya,keluar jugak dia awal-awal,2 jam lagi kot kul 12 tgh malam.Emm tapi ape-ape hal,alhamdulillah selamat dilahirkan,Seronok gila dapat baby,even baby kakak aku,excited r..nak sama muka aku lah,muka ayah dia lah,muka atok dia lah..hahaha alih2 muka mak dia masa kecik2..sebijik kot bila mak aku tnjuk gambar akak aku masa dia baby.

haaaaaaa...ni lah dia aaqif umur 10 jam

geram gile aku masa ni...dia wat bodo je dalam buaian..da lah comey


baru balik dari cameron kot waktu ni..bawak dia jalan cameron..sonok ko kecik2 dapat berjalan..

gambar ni rasenye seminggu lepas kuar hospital kot..xnampak muka2 kecomelan lagi tapi pipi tembam..

ni gambar paling latest..waaaaa mak dia da beli kan mainan baru lah,emo..nnt leh acu pinjam kan..

tak pasti dia nangis ke suka time ni..hahaha comey nye anak sdara acu ni...


papa & mama aaqif..npe adik wat muke xpuas hati tu...huhuhu


time to sleepp...ZZZZZzzzzzzzz

kehadiran adik amat mengembirakan hati pakcu,sonok sangat bila adik datang dalam hidup kitorang,wan dengan atok orang yang paling eppy,lame da tunggu adik,bila adik da besar belaja elok2,aqif yang 1st dlam keluarga kitorang,jadi adik kena jadi orang yang berguna untuk masyrakat k..InsyAllah..Acu Sayang Aaqif!!




Penghargaan yang tak ternilai...Terima kasih En Pengetua...

Sempat bergambar..MS Garden,Kuantan..


Harini,MRSM Tun Abdul Razak,Pekan (dengan bangganya) meraikan lebih kurang 100 orang guru dan Staf(termasuk lah aku) dalam acara penghargaan sempena kecemerlangan PMR 2011.Bagi aku ini satu penghargaan yang tak ternilai bagi aku yang hanya seorang staf kewangan yang kerjanye asyik mengira je.Aku respek gile kat bos aku,En. pengetua kerana melibatkan semua stafnya untuk penghargaan yang cam gini.

Ye r kan,even guru sebagai pendidik,law takde aku yang mengeluarkan dana untuk pembelian barang,law takde HEP yang menguruskan kewangan pelajar dengan seimbang dan efektif,law takde stor yang mgeluarkan barang dgn kadar segera,kalau takde staf makmal yang bertungkus lumus menyediakan barangan keperluan,kalau takde staf2 lain yang bertungkus lumus dalam setiap program, aku rase lingkup gak budak2.kiranya Setiap usaha maktab semua akan terlibat.

Syabas warga kerja MRSM,..So,kitorang semua join High-Tea di MS Garden,Kuantan.Selalu function buat malam tapi En.Pengetua ade strategi sendiri jadi dia buat petang.Sape buleh langgar arahan En.Pengetua,hahahaha...

 

 Model Kewangan...

Pic by:Pengawas dan cik Isabella.. =)











The Great Leader of MRSM TAR..

The Principle,Tn Haji Mohd Yusoff bin Hassan
yang hebat & cemerlang!!


Hidup En.Mizi..PPTK yang cemerlang!!!

Aku puas hati sebab sekarang aku bekerja dibawah orang yang hebat,.Tn haji memang seorang yang tegas dan juga kuat bergurau dengan staf nye (dengan cikgu2 aku tak taw)..Dia ketua aku yang paling best tambahan pulak ustaz zawawi,doktor hamzan,haji maznan dan En. Mizi...semuanya sempoi lah..Sempurna rase dapat bekerja bawah dorang...even kena marah adat lah,wat silap mesti kena marahkan..love MRSM!! love MARA!!

Wednesday 4 January 2012

Ombak Rindu Download

Best gila cite ni kot...Aku suke sangat tgok..10 kali da layan kot...enjoy!!

p/s:awk pon suke kan cite ni sf,sampai lebih 10 kali kot dengar lagu ombak rindu...lagu dia pon enjoy je..terbaik!! lagi dengar plak awk nyanyi...hihihi

Besi Sebenar...Terbaikkkkkkkkkk!!!!

Sebuah perkenalan...

Jam menunjukkan pukul 7.45malam,setelah siap solat maghrib tadi,aku menelek laptop seketika.Ingin tahu apa khabar dia,.. wahai kawan ku,..adakah dia bersedih lagi?? bile aku baca mesej dia semalam,ternyata aku gembira tak terhingga,.entahlah apa yang buat aku gembira sangat..'Ko tak nampak ke yang dia sedih sangat'..emm jahatnya aku,teruk benar perasan aku ni.........'DIA'

DIA orang yang baru aku kenali..

1st time dalam sejarah aku solat sunat istkhiharah...Aku mintak pada Allah agar diberi petunjuk dalam hati tentang siapa jodoh aku..Aku taw aku terlalu muda untuk dipertemukan jodoh aku,.aku memang mencari jodoh hidup aku,tak salah kan untuk mencari dan berusaha,.berdoa dan meminta tanpa berusaha pun tak guna juga kan..macam biasa lah tagged digunakan untuk medium aku menjalankan usaha aku..Emm aku gunakan ruang 'Meet Me' untuk senang mencari disitu..Asyik aku menekan button 'No'...aku menjumpai dia,.Aku tersentak,terpana,mungkin kerana kecantikan dia,tapi tak sebelum ni ade juga yang cantik tapi bila aku tengok dia,aku merasa sesuatu dalam hati aku,ahhhh mungkin hati ko je yang beria-beria adzli...aku memulakan langkah aku yang tak seberapa besar,..aku dengan lajunya add dia dekat tagged,facebook...aku tak tahu yang dia ade blog..so,mula2 dia add,..aku tak tahu npe aku gembira sangat..i feel like diz sama masa aku diterima menjadi teman lelaki kepada Norazlina 4 tahun lalu.now,she's my best frenzzzzz..lepas tu aku hantar mesej kat dia..emmm aku dengan penuh pengharapan..harap dia balas,.Dia balas mesej aku,..Ya Allah,hanya kau sje yg taw camne prasaan aku masa tu..ok,pastu pagi hari ahad tu,aku ada hantar mesej lagi & tggu sampai dia balas mesej aku..hampa,sepanjang hari aku on9 tapi dia tak muncul2,aku tak nampak yang dia meng'online'kan dirinya..huhuhu tak pa lah tu..petang tu aku bertolak balik ke pekan,Afnan mnjadi driver aku sbb aku malas nak drive,..aku pon ambik la ipad membe aku tu dan online facebook...Aku pon buka lah facebook tersebut..sekali lagi aku merasa terlalu gembira,..untuk kali ketiganya aku gembira sangat2..waaaaa sonok r kot,..huhuhu balas juga,..aku rase masa tu hasil usaha aku menjadi..syukur,alhamdulillah..kate afnan,'ape2 hal lu terbaik r bro,usaha k'..
Akhirnya dapat lah nombor si dia..aku tak taw la apa perasaan orang lain bila awek bagi no fon,aku gembira sangat2 la kot..payah awek nak bagi no kat aku,.masa tu aku terfikir,Allah nak bagi aku jalan ke.....mungkin..
sekadar mungkin bagi aku sbb tak boleh lah terlalu mengharap..malam tu jugak lah aku mesej dia..alhamdulillah lagi sekali..dia balas msj aku kat handset plak..Esok nya aku terus call dia,dengan yakin dan berani nya..dapat juga aku mengenali dia..emm dari segi petuturan dan kata-kata nya dia seorang yang lembut,baik,sopan..Setiap hari aku call dia,dia sambut perkenalan aku dengan mesra sekali,..

........dan bile suatu saat dia mengatakan yang dia ade bf..waaaaaaaaaaa,da ade ke..emmm mmg rase nak give up tapi ingat adzli,awak tu nak berkawan kan,.takpe lah,aku kawan je dengan dia..gembira,tersangat gembira..kawan dia tersangat best..bagi aku beruntung la bf dy,..tp dia pon ade krisis dengan bf dia..dia pon agak sedih time tu..tak sangka,wajah yang seceria dia,aku sangkakan hidupnye ceria,.rupanya pelbagai kisah duka dia lalui..aku simpati dan aku rase,dia perlukan kawan cam aku...Aku tetap dalam hati,aku akan jadikan dunia dia seceria yang mungkin,aku nak bahgiakan dia..boleh r mula2 positive..huhuhu 

Selama beberapa hari perkenalan, aku beranikan diri,aku tanya dia,aku juz nak antar dia balik kampung,dapat lah dia jumpa dengan mak dia kot,pastu leh r aku jalan2 dekat kawasan bandar kat kampung dia tu,..tapi lain plak feedback yang aku terima..'leh x law 'kite' g jalan2'..Mahu nya tak gembira aku time tu..sampai mak aku pun asyik perli je,muka asyik tersenyum je,ada apa2 ke?? hahahaha sonok sangat time tu,sepatotnye aku cuti sampai hari ahad,tapi hari jumaat tu dari bentong aku balik semula ke pekan..dalam kereta tak abis lah tersenyum,sampai ke telinga kot..agak pelik r kan,walaupun hanya sebuah temujanji dengan seorang rakan,aku rasa lain macam..bahagia je rasa...

Hari Sabtu tu aku pun keluar lah,aku sampai awal kot dekat kuantan,tapi tunggu dia punya pasal,pukul 1.30 baru siap dan gerak...hihihihi aku dengan penuh kesabaran menunggu,takpe lah,aku ni yang tak sabar nape,relax sudah..nak gelabah2 lak..so bergerak lah kami berdua ke kampung si dia..berjalan lah kesini kesana..Sejujurnya aku seronok sangat,dengan ex aku dulu pun aku tak pernah keluar camni,.Seronok sangat-sangat dapat gembirakan dia,belanja dia,tengok wayang dengan dia,makan donut 'Big Apple' (awk suka sangat2 kan),makan sama2..suka sangat tengok dia pilih2 kasut,siap jadi modal kasut kejap lah,dia ramah dengan orang,suka sangat aku tengok...Aku tengok je gerak geli dia,menciut hati aku pun ada,aku nampak dia sangat gembira,aku biarkan kegembiraan dia..Malam tahun baru yang sungguh bermakna..Even dia nampak sedih tapi aku gembirakan dia..Selamat Tahun Baru Awak.

Dia sedih semalam,aku tahu..dia sedih sebab kekasih dia dah tinggalkan dia..aku tak perlu gembira sebab bukan itu yang dia perlukan,dia perlukan sokongan seorang rakan,..Aku baca dari awal sampai akhir isi blog dia,.walaupun sudut kecil hati aku ini bersedih disebabkan gambar dia bersama bf dia,sbgai tanda kenangan bersama mereka..tapi aku buang perasaan tu..dia perlukan seorang teman sekarang ni..aku tak tahu kalau aku seorang sahaja kawannya ketika ini,tapi aku yakin ramai sahabat dia yang lain..aku,hanya orang baru yang hadir dalam hidupnya,aku tiba2 terfikir secara negatifnya,aku ke sebab dorang berpisah..ahhhhhhhhhhhh harap2 bukan salah aku......

Ya Allah,aku masih ingin bersama dia lagi walaupun Engkau tidak menetapkan hatinya padaku,jangan lah kau hilangkan dia dari hidupku,sesungguhnya kehilangan dia amat besar untuk diri aku,aku tak mahu kehilangan dia,aku nak bahgiakan dia,aku taknak dia keseorangan,aku nak jadi penyokong,supaya dia kuat menjalani kehidupan...Aku nak sentiasa berdiri disebelah dia...ketika susah dan senang..tetapkan hati aku Ya Allah..

Aku bahagia sangat2..aku tahu aku bukan sape2 dalam hidup dia,tapi hati ini merasakan dia Istimewa di hati aku.. =)


p/s:diz song for you sf,..i hope u eppy always!!


Tuesday 3 January 2012

Saya Jatuh Dekat Awak.....Jatuh Pe???


The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed
But I have loved you from the start
Oh

But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible

So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
Cause talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep

Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

Aku suke betul dengar lagu ni...memang 5 star aku bg kat lagu ni..lagu ni aku tuju khas kat seseorang....enjoy diz song!!

Monday 2 January 2012

Istikharah Cinta~~


best sangat lagu ni..even tak kenal kumpulan mana..tapi bait2 lirik lagu ni memang best..enjoy diz song!!

p/s:lagu ni sy tuju utk awk Sf..awk yang akan sentiasa mekar dalam hati saya

Sunday 1 January 2012

SELAMAT TAHUN 2012.....

Selamat Tahun Baru 2012..


Tahun 2011 da tinggalkan kita,.bnyak dugaan hidup sepanjang tahun lepas antaranya Putus cinta,naik pangkat,kena marah dengan bos,kena pulau dengan kawan2,kete kena langgar. Huhuhu banyak gak dugaan & ujian yang Allah dan turunkan dekat aku.aku terima semua ni dengan redha..lagipon aku da belajar banyak konsep dalam hidop.


Pertama sekali konsep redha dan rela,Alhamdulillah dalam tahun ni gak Allah dengar macam-macam doa aku.Aku tahu yang Allah sayangkan aku.Aku doa supaya Allah bantu aku dalam mengenali islam.Bukan aku kate aku ni jahil sangat,tapi dalam dunia yang sementara ni,Aku pon de wat silap,aku pon bnyak benda yang kurang,dari segi agama da memang kurang.So alhamdulillah,kehidupan aku lebih better dalam mempelajari ilmu akhirat.


Dari segi kerja plak,walaupon aku ditawarkan untuk kerja yang aku xminat,tapi aku kena redha dan ambil juga peluang ni untuk naik,sampai bile aku nak duk tahap bawah je,tahun baru ni aku da lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi tanggungjawab aku sbgai penjawat awam.law leh tak nak wat mistake bodoh sampai kena marah dengan bos dah..


Dari segi kehidupan,emmmm kewangan aku masih tak terurus tapi InsyaAllah tahun baru ni aku nak mengambil langkah rasional untuk mengurangkan perbelanjaan aku dari yang kepentingan kepada kemahuan.


Soal cinta plak,.emmmm??? masih tertanya2 siapa kah yang Allah pilih untuk bersama aku,..InsyaAllah aku akan terima,baik buruk dia,.aku kena mencari bukan sebab aku desperate sgt tapi aku perlu kenal sape bakal bersama aku seumur hidup aku.Ye r,orang slalu cakap,ko ni muda lagi..so,muda2 lah kena cari..yang cakap camtu leh r,ko da ade teman..emmm aku pon nak juga rase bahagia cam orang lain...

p:s: Aku harap dia dicipta untuk aku,aku happy dengan dia even sebagai kawan,aku harap dia jodoh aku,bolehlah aku bimbing dan bersama dia sampai bila-bila.