Monday 26 December 2011

Experimental Photography Shoooooooooooooottt....

Assalamualaikum,..

Kali ni nak cite pengalaman aku join fotography dekat sebuah pekan kecil dikawasan felda di daerah Jempol.
My Best frendz,Muhammad Afnan Hanis baru2 ni dapat job dari seorang kawannya,aku cume mngenali dia as Fizi..So,kami terpaksa lupakan cuti weekend kitorg untuk amek job ni..

Kami sampai di Jempol pukul 12 somethg r,dengan berpandukan iPad afna,alhamdulillah,kitorang sampai cepat di Felda Pasoh 4,tempat kejadian..da masuk felda pon stil sesat lagi..teruskan usaha mencari,..dengan menaiki jazz tayar botak Fizi..akhirnya berkat kesabaran samapai juga di tempat kejadian.Kedatangan kami disambut baik oleh Tuan rumah,.

Majlis bermula sekitar pukul 2 lebih,dorang mulakan pertunangan dulu sebelom majlis akad nikah.
ni pengantinnya..cantik kan..gambar ni ditangkap oleh afnan..dia kiranye ketua la...i juz ikut arahan je..huhuhu
ni gambar before majlis tunang..

yang ni palk ahli keluarga belah lelaki...sebenarnya aku tertarik dengan adat negeri sembilan ni.pelik ckit.tapi actually stiap adat tu ade kebaikan nya kan.kena terusakn adat walaupon ape yg terjadi.

Malas plak nak cite panjang2..ni antara pic2 yang afnan & fizi amek sekitar majlis persandingan pengantin..

pengantin lelaki...
pengantin perempuan..

2 mempelai sehati sejiwa...

mas kahwin..

sebentuk cincin,sesuci ikatan..

tanda ikatan yang sah..




muke kepenatan...



jurufoto profesional...


di teratak zaaba...



so,bagi pendapat anda k..juz cari pengalaman..kalau ade rezeki,mungkin pasni beli nikon sebijik..huhuhuu

Sunday 18 December 2011

mimpi ku semalam...aku nakkkkkk

Lame sgat da tinggalkan blog ni...so nak sambung balik kisah hidup aku..emm baru2 ni pelancaran iphone 4s da kluar,mak aih,..cantik gile siot...memang terbaik..ada pulak software baru..dorg panggil siri...juz cakap dengan iphone,dia akan wat apa yang kite suruh,memang terbaik..iphone 4s

So skang ni aku tgh berusaha untuk dapatkan phone kesayangan aku ni,smpai termimpi2 nak mndaptkan iphone ni,..pasni tambah sorg lagi bini aku..

Friday 22 July 2011

Tak Sangka...Pasal Batu Bata Je...

Erm...
tak sangka sesuatu tak dijangka berlaku hari ini
tak sangka 1st time dlam sjarah aku kena marah yang amat teruk dengannya
tak sangka disebabkan salah orang lain aku terlibat
tak sangka aku juga wat kesalahan yang aku rasa teruk jugak lah...

semua disebabkan "BATU BATA"

Masuk je Ofis ni semua ok je arini,
dia tegur kitorang dengan senyuman
dan penuh tanda hormat juga aku dan rakan2 menegur nya
mungkin kerana dia lah orang tertinggi dlam ofis ni
dia lah PENGAWAL PUSAT MAKTAB
ciri-ciri kewibaannya sudah mengambarkan yang dia seorang yang cekap dlam pelbagai hal
mengawal segala-gala keadan dalam maktab
even sekecil2 masalah smpai ke masalah besar

Perlawanan antara chelsea dan malaysia menjadi tajuk perbualan hangat dipejabat
dia dengan keadaan yang segak sbgai Pengetua mencelah tajuk perbualan kitorang
tak sangka dia pun tahu score 1 yang dijaringkan chelsea
katanya "aku main untuk malaysia malam tadi"
kitorang hanya mmpu ktawa dgn keletahan jenakanya
bunyi riuh rndah dgan gelak tawa pada pagi itu mengambarkan yang dia dalm mood eppy pagi ni

Jam menunjukkan tepat pukul 8
Perjumpaan pagi(breffing) sperti biasa
bacaan alfatihah dan doa dimulakan sbgai mukadimah perjumpaan pagi itu
dan selepas itu pengetua membuka sila katanya untuk membuka crita
trnyata rondaan beliau meninjau skeliling maktab smalam ada sbabnya
satu2 persatu kesalahan dibuka
menyebabkan rata2 staf tak senang berdiri
mood nya yg pagi ceria bertukar rentak
nada nya mnjadi smakin tinggi
memandangku dengan mata yang besar dan suara yang tinggi
dada aku laju seprti tahi bintang yg jatuh dari langit lajunya
tak sangka salah orang lain mnyababkan aku terlibat
dan dalam satu bait ayatnya
"yang hang p bagi duit wat apa,ada aku bagi kebenaran"masih laju dada aku brlari
"aku tak kira,hang ganti pkai duit hang,sapa suh kluaq duit"
slange kedahnya memenuhi segenap ruang pejabat yang agak sempit
keadaan pejabat mnjadi senyap untuk seketika..

aku sedar aku da wat kesilapan besar
"u have make great mistake" suara optimus prime tergiang2 difikran
aku xsgka yang aku dah kena hari ni
aku xprepare sbnrnya untuk kna marah dgan dia
ni r cabaran aku sbagai pegawau kewanagn maktab..
pening pala..dengan keadaan PettyC yang asik shot
entah toyol mana pecah masuk pejabat
ambil duit suka2 ati
kadang2 aku fkir,maybe aku ade wat silap gak...
somthg wrong somwhre..

aku tetap kena aware dgan semua bnda
jaga kewangn bukan senang
memng perlukan pengorbanan
hari ni gak aku blaja somthing
stiap pon aku blaja
dan setiap ari aku kna belajar
macamana nak jadi yg terbaik untuk jaga kewangan
thanks kawan2 yang supot aku arini
ustaz skali,walupon segan dgn ustaz tapi aku trpksa trima..

p/s:jgan careless lagi yek azli...

Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Saturday 16 July 2011

Si Mata bulat

Seronok sangat bila tengok sahabat aku ade cinta nye sendiri...da setia pada cinta dia,..aku kadang2 cemburu sangat dengan membe aku,.bukan cemburu ape,cemburu sbb ade orang yang sentiasa sayangkan dia,ingatkan dia,dan rindukan dia...sahabat aku ni ade lah tnjukkan seorang awek kat aku,kali pertama aku tengok je,memang sempurna dimata aku,aku suka sangat tgok dia,.mata dia bulat..memang cantik,comel plak tu..nak berkenalan tapi kadang-kadang rasa tak layak je,rasa cam tak sesuai je untuk aku..tp hati ni penuh dengan harapan,
Ya Allah.kalau jodoh aku untuk nya kau rencanakan sesuatu untuk ku..

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Kaulah Sahabat,Kaulah teman

Dulu,masa kau g masjid je..aku pndang je dan berkata dalam hati (yeke mamat ni g masjid)..tp si dia penah pesan sentiasa brsgka baik,..so,alhamdulillah lah kalau kau pegi masjid..Tapi aku,hanya sentiasa melihat kau pegi masjid..tak sangka,ade hikmah disebalik semua tu,ketika tiada kawan,ketika kesepian,kau ade dengan aku,kau ajak aku pegi masjid,.Aku pon silap slama bile da ksunyian,baru lah tahu nak mghadap Allah,..Allah bukak mata hati aku,kau lah sahabat aku,kau lah teman aku..Alhamdulillah aku da smakin ok,syukur sangat2,.ilmu2 Allah yang aku belajar bnyak bntu aku dan kau,.Masjid Rumah ke dua aku..kau yang ajar aku bnyak benda,even skecil2 perkara pon...Alhamdulillah...kaulah sahabat aku,kaulah teman sejati aku..Insyallah sahabat..



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Thursday 14 July 2011

Boleh pandang2,jangan pegang2.....

11 tips dalam berpasangan
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum

Kerana Allah Taala

Syukur ke hadrat Allah SWT semalam dapat lagi aku memijakkan kakiku ke rumah Allah yang cukup indah dan tenang...rasa syukur sangat..dapat dengar ceramah dari ustaz azhar(kalau tak silap) ustaz dari IKIP Kuantan...dah dua kali ustaz tu ceramah kat masjid at-taqwa,mmg bgos cramah nya berbanding ceramah hari isnin dan selasa...agak kebosanan tapi kena jugak taw something untuk belajar...skali lagi takde rezeki nak jumpa sahibbul samahah,mufti pahang..Alhamdulillah,cramah malam tadi amat menenangkan jiwa..ceramah malam tadi tentang 'Tassawur Islam yang mudah'...so,nak kongsi sikitlah ape yg aku belajar malam tadi,..Mesti antara kita yang tahu baca Al-Quran kan,korg tahu tak makna Al-Quran yang sebenar..mesti ramai tak tahu kan(aku nasihatkan cari sndiri r,korg dpat belajar something) lebih2 ayat al-Quran tu sendiri,cari makna nya...Setiap apa yang kita belajar,kita mesti tahu
4 perkara,..ILMU,BAHASA,TANDA & TINDAKAN ...

Sentiasa ingat pesanan Sahabatku,Pengawas...Sentiasa lakukan sesuatu perkara Kerana Allah Taala..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

Kesabaran Rasulullah Saw Dalam Berdakwah

Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah. Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy. Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya. Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

Friday 8 July 2011

Cara Menenangkan hati dan Jiwa

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.
FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”
Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم

Doa Menjauhkan Permusuhan



Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”
 
 
 

Monday 4 July 2011

Kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Apa salahku.....

Ahhhhhhhh Tensen gila pala Otak...Keje bertimbun2 plak...
Ingat kan dpat r siapkan satu keje,..bertambah lagi ada r...
sabar ye En, Azli...think positive...
saat-saat camni plak leh teringat kat kat si dia...
dia slalu pesan..think positive..slalu brsangka baik...
Kababommmm..duk mengalamun lagi,keje ntah kemana
tgok jam da pukul 6 petang,serabut pala........huuuuuuuuuuuuu
begituuuu ke....

HAZAMA & NERA AF 9

http://www.4shared.com/audio/gsRJctPN/Hazama_AF9_Cinta_Teragung.html


http://www.4shared.com/audio/VqdxwgVC/Hatimu_Milikmu_-_Nera_AF9.html

bila dgar je lagu ni kat astro ria..memang best r..layan sangat..hope enjoy diz song!!

Thursday 30 June 2011

Suatu Permulaan..

akhirnya berjaya gak menjadikan diri sbgai seorang bloger...lama da nak buat blog ni...tapi bnyak sgat kekangan dari smasa ke smasa...so,mestilah permulaan diri kan...nama aku Mohd Adzli b Mohamad Nazeri..Lieahpai tu cam nama komersil lah...Kisah Hidup bermula di Bentong,Pahang...
aku seorang yang simple dalam hidup..

Tujuan aku bukak blog ni dengan harapan dpat brkongsi bnyak benda...hope sape yang follow blog aku ni dpat brkongsi something r kat sini..we share and we learn together...