Wednesday 4 January 2012

Sebuah perkenalan...

Jam menunjukkan pukul 7.45malam,setelah siap solat maghrib tadi,aku menelek laptop seketika.Ingin tahu apa khabar dia,.. wahai kawan ku,..adakah dia bersedih lagi?? bile aku baca mesej dia semalam,ternyata aku gembira tak terhingga,.entahlah apa yang buat aku gembira sangat..'Ko tak nampak ke yang dia sedih sangat'..emm jahatnya aku,teruk benar perasan aku ni.........'DIA'

DIA orang yang baru aku kenali..

1st time dalam sejarah aku solat sunat istkhiharah...Aku mintak pada Allah agar diberi petunjuk dalam hati tentang siapa jodoh aku..Aku taw aku terlalu muda untuk dipertemukan jodoh aku,.aku memang mencari jodoh hidup aku,tak salah kan untuk mencari dan berusaha,.berdoa dan meminta tanpa berusaha pun tak guna juga kan..macam biasa lah tagged digunakan untuk medium aku menjalankan usaha aku..Emm aku gunakan ruang 'Meet Me' untuk senang mencari disitu..Asyik aku menekan button 'No'...aku menjumpai dia,.Aku tersentak,terpana,mungkin kerana kecantikan dia,tapi tak sebelum ni ade juga yang cantik tapi bila aku tengok dia,aku merasa sesuatu dalam hati aku,ahhhh mungkin hati ko je yang beria-beria adzli...aku memulakan langkah aku yang tak seberapa besar,..aku dengan lajunya add dia dekat tagged,facebook...aku tak tahu yang dia ade blog..so,mula2 dia add,..aku tak tahu npe aku gembira sangat..i feel like diz sama masa aku diterima menjadi teman lelaki kepada Norazlina 4 tahun lalu.now,she's my best frenzzzzz..lepas tu aku hantar mesej kat dia..emmm aku dengan penuh pengharapan..harap dia balas,.Dia balas mesej aku,..Ya Allah,hanya kau sje yg taw camne prasaan aku masa tu..ok,pastu pagi hari ahad tu,aku ada hantar mesej lagi & tggu sampai dia balas mesej aku..hampa,sepanjang hari aku on9 tapi dia tak muncul2,aku tak nampak yang dia meng'online'kan dirinya..huhuhu tak pa lah tu..petang tu aku bertolak balik ke pekan,Afnan mnjadi driver aku sbb aku malas nak drive,..aku pon ambik la ipad membe aku tu dan online facebook...Aku pon buka lah facebook tersebut..sekali lagi aku merasa terlalu gembira,..untuk kali ketiganya aku gembira sangat2..waaaaa sonok r kot,..huhuhu balas juga,..aku rase masa tu hasil usaha aku menjadi..syukur,alhamdulillah..kate afnan,'ape2 hal lu terbaik r bro,usaha k'..
Akhirnya dapat lah nombor si dia..aku tak taw la apa perasaan orang lain bila awek bagi no fon,aku gembira sangat2 la kot..payah awek nak bagi no kat aku,.masa tu aku terfikir,Allah nak bagi aku jalan ke.....mungkin..
sekadar mungkin bagi aku sbb tak boleh lah terlalu mengharap..malam tu jugak lah aku mesej dia..alhamdulillah lagi sekali..dia balas msj aku kat handset plak..Esok nya aku terus call dia,dengan yakin dan berani nya..dapat juga aku mengenali dia..emm dari segi petuturan dan kata-kata nya dia seorang yang lembut,baik,sopan..Setiap hari aku call dia,dia sambut perkenalan aku dengan mesra sekali,..

........dan bile suatu saat dia mengatakan yang dia ade bf..waaaaaaaaaaa,da ade ke..emmm mmg rase nak give up tapi ingat adzli,awak tu nak berkawan kan,.takpe lah,aku kawan je dengan dia..gembira,tersangat gembira..kawan dia tersangat best..bagi aku beruntung la bf dy,..tp dia pon ade krisis dengan bf dia..dia pon agak sedih time tu..tak sangka,wajah yang seceria dia,aku sangkakan hidupnye ceria,.rupanya pelbagai kisah duka dia lalui..aku simpati dan aku rase,dia perlukan kawan cam aku...Aku tetap dalam hati,aku akan jadikan dunia dia seceria yang mungkin,aku nak bahgiakan dia..boleh r mula2 positive..huhuhu 

Selama beberapa hari perkenalan, aku beranikan diri,aku tanya dia,aku juz nak antar dia balik kampung,dapat lah dia jumpa dengan mak dia kot,pastu leh r aku jalan2 dekat kawasan bandar kat kampung dia tu,..tapi lain plak feedback yang aku terima..'leh x law 'kite' g jalan2'..Mahu nya tak gembira aku time tu..sampai mak aku pun asyik perli je,muka asyik tersenyum je,ada apa2 ke?? hahahaha sonok sangat time tu,sepatotnye aku cuti sampai hari ahad,tapi hari jumaat tu dari bentong aku balik semula ke pekan..dalam kereta tak abis lah tersenyum,sampai ke telinga kot..agak pelik r kan,walaupun hanya sebuah temujanji dengan seorang rakan,aku rasa lain macam..bahagia je rasa...

Hari Sabtu tu aku pun keluar lah,aku sampai awal kot dekat kuantan,tapi tunggu dia punya pasal,pukul 1.30 baru siap dan gerak...hihihihi aku dengan penuh kesabaran menunggu,takpe lah,aku ni yang tak sabar nape,relax sudah..nak gelabah2 lak..so bergerak lah kami berdua ke kampung si dia..berjalan lah kesini kesana..Sejujurnya aku seronok sangat,dengan ex aku dulu pun aku tak pernah keluar camni,.Seronok sangat-sangat dapat gembirakan dia,belanja dia,tengok wayang dengan dia,makan donut 'Big Apple' (awk suka sangat2 kan),makan sama2..suka sangat tengok dia pilih2 kasut,siap jadi modal kasut kejap lah,dia ramah dengan orang,suka sangat aku tengok...Aku tengok je gerak geli dia,menciut hati aku pun ada,aku nampak dia sangat gembira,aku biarkan kegembiraan dia..Malam tahun baru yang sungguh bermakna..Even dia nampak sedih tapi aku gembirakan dia..Selamat Tahun Baru Awak.

Dia sedih semalam,aku tahu..dia sedih sebab kekasih dia dah tinggalkan dia..aku tak perlu gembira sebab bukan itu yang dia perlukan,dia perlukan sokongan seorang rakan,..Aku baca dari awal sampai akhir isi blog dia,.walaupun sudut kecil hati aku ini bersedih disebabkan gambar dia bersama bf dia,sbgai tanda kenangan bersama mereka..tapi aku buang perasaan tu..dia perlukan seorang teman sekarang ni..aku tak tahu kalau aku seorang sahaja kawannya ketika ini,tapi aku yakin ramai sahabat dia yang lain..aku,hanya orang baru yang hadir dalam hidupnya,aku tiba2 terfikir secara negatifnya,aku ke sebab dorang berpisah..ahhhhhhhhhhhh harap2 bukan salah aku......

Ya Allah,aku masih ingin bersama dia lagi walaupun Engkau tidak menetapkan hatinya padaku,jangan lah kau hilangkan dia dari hidupku,sesungguhnya kehilangan dia amat besar untuk diri aku,aku tak mahu kehilangan dia,aku nak bahgiakan dia,aku taknak dia keseorangan,aku nak jadi penyokong,supaya dia kuat menjalani kehidupan...Aku nak sentiasa berdiri disebelah dia...ketika susah dan senang..tetapkan hati aku Ya Allah..

Aku bahagia sangat2..aku tahu aku bukan sape2 dalam hidup dia,tapi hati ini merasakan dia Istimewa di hati aku.. =)


p/s:diz song for you sf,..i hope u eppy always!!


No comments:

Post a Comment